Syarat-syarat Persijilan Halal Malaysia

  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Suruhanjaya Koperasi Malaysia/ lain-lain agensi kerajaan.
    Registered with Companies Commission of Malaysia (SSM)/ Malaysia Co-operative Societies Commission/ Other Gorvernment agencies
  • Mempunyai lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) / surat akuan dari agensi kerajaan.
    Holds a business license from PBT/ testimonial from gorvernment agency
  • Beroperasi sepenuhnya terlebih dahulu sebelum permohonan dibuat.
    In full operation before an application is made
  • Mengeluar dan/atau mengendalikan produk halal sahaja.
    Produce and/or handles only halal products.
  • Memastikan sumber bahan ramuan adalah halal dan memilih pembekal yang membekalkan bahan-bahan halal atau mempunyai sijil pengesahan halal yang diiktiraf.
    Ensured sources for ingredients are halal and choose suppliers who supply halal materials or have obtained recognized halal certificate
  • Memohon semua jenis produk/menu yang dikeluarkan di kilang/premis berkenaan.
    Applied for all types of products/ menu which are produce by the factory/ premises
  • Permohonan bagi pembungkusan semula (repacking) hendaklah mengemukakan sijil halal yang diiktiraf bagi produk tersebut.
    Application for repackaging is accompanied with recognized halal certificate for the said products